rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, August 22, 2014



Umum telah mengetahui yang aktor Hollywood, Robin Williams telah meninggal dunia di rumah akibat bunuh diri.

Beberapa penyebab menjadi alasan mengapa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri dan salah satu daripadanya dikatakan berpunca daripada sakit parkinson yang dihidapinya.

Menurut laporan New York Daily News, isteri pelakon itu, Susan Scheider memberitahu bahawa suaminya itu sedang berjuang untuk melawan sakit parkinson yang dihadapinya.

Itu membuatkan pelakon, Rob Schneider yang juga teman rapat Williams berpendapat bahawa lelaki itu membunuh diri kerana sakit parkinson.

Menurut Schneider, ubat yang diambil oleh Williams adalah sebab mengapa lelaki itu mengambil keputusan untuk membunuh diri.

“Sekarang ini kita bercakap tentang Williams yang sedang mengambil ubat-ubatan parkinson. Salah satu kesan sampingan daripada ubat itu ialah bunuh diri," katanya Schneider menerusi akaun Twitternya.

Rakan lama Williams itu juga khuatir bahawa kandungan ubat parkinson yang diberikan doktor itu bertentangan dengan tahap kesihatannya kini.

“Selain daripada ubat parkinson, Robin juga sedang mengambil ubat-ubatan untuk menyembuhkan tekanan dan ketagihannya.

Itu yang membuatkan keadaan badannya semakin buruk akibat penggunaan ubat yang saling bertentangan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment